Categories
NASIONAL

Pengumuman bonus TH tak bermakna kewangan kukuh

SHAH ALAM 9 FEB: Pendeposit Tabung Haji perlu mengetahui bahawa pengumuman bonus tahunan 5 peratus dan bonus haji 3 peratus bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji (TH) adalah kukuh.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata tambahan pula TH terlibat dalam beberapa pelaburan mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

tabung-hajiKatanya, beliau terus menyiarkan analisa kewangan mengenai TH dengan harapan ia mendorong kerajaan menggantikan Pengerusi TH sedia ada dengan seorang lebih sesuai dan arif dalam hal ehwal pelaburan.

“Saya meneliti dan menganalisa penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun kewangan 2009 hingga 2014.

“Berdasarkan angka ini, saya menulis laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji dan unjuran rizabnya bagi tahun kewangan 2015,” kata Rafizi dalam kenyataan media.

Beliau berkata oleh kerana penyata kewangan TH diaudit lazimnya hanya dikeluarkan di akhir tahun, orang ramai hanya boleh mengetahui kedudukan sebenar kewangan dan rizab TH bagi tahun kewangan 2015 di akhir tahun 2016.

Katanya, ini sudah tentu tidak baik kerana pelbagai perkara boleh berlaku di antara sekarang dan akhir tahun ini.

“Apatah lagi dalam keadaan rizab Tabung Haji yang sudah pun negatif bagi tahun kewangan 2014.

“Diharap analisis dan laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan TH ini membuka perbincangan awam mengenai prestasi TH yang mendorong TH mengeluarkan penyata kewangannya diaudit lebih awal,” katanya.

BACA KENYATAAN PENUH DI SINI

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.