Categories
SELANGOR

Red Giants tekad beri kejutan rampas Piala Sumbangsih

SHAH ALAM 13 FEB: Pasukan The Red Giants mengharapkan kejutan daripada pemainnya bagi merampas gelaran juara Piala Sumbangsih yang disandang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengurusnya, Amirudin Shari berkata, ia bukan sesuatu yang mudah namun beliau yakin skuad Gergasi Merah itu mampu melakukannya.

“Sudah pasti kita akan buat yang terbaik malam ini, walaupun saya kira ia bukan suatu yang mudah kerana kita juga sedia maklum dengan persediaan JDT,” katanya dipetik Sinar Harian.

Lawan JDTMenurutnya, skuad Gergasi Merah itu bersedia sepenuhnya bagi mengharungi cabaran pertama menjelang saingan Liga Super.

“Kita dalam persiapan terkahir dan semua pemain bersemangatdan bersedia untuk berjuang.

“Buat masa ini, cuma Mohd Fittri Shazwan sahaja yang tak dapat diturunkan kerana cedera serius dan perlu berehat panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin sempat memberikan nasihat kepada peminat The Red Giants agar mereka terus memberikan sokongan kepada pasukan.

Katanya, pasukan menjadi lebih baik sekiranya penyokong memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

“Kita bermula dengan baik kalau semua sahabat kita memberikan sokongan pada kita,” katanya.

Sementara itu, #‎MediaSelangor‬ bakal membawakan liputan Piala Sumbangsih 2016 antara Selangor melawan JDT bermula jam 8 malam melalui saluran http://tv.selangorku.com.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.