Categories
SELANGOR

Red Giants ubah strategi hadapi Perak

SHAH ALAM 16 FEB: Pasukan Red Giants terpaksa menukar permainan dalam perlawanan kedua Liga Super menentang Perak malam ini susulan kecederaan tiga tonggak pasukan itu.

Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan, berkata tiga pemain iaitu Robert Cornthwaite, Muhammd Nazmi Faiz Mansor dan Ahmad Hazwan Bakri mengalami kecederaan ketika perlawanan Piala Sumbangsih, Sabtu lalu.

ZAINAL RED GIANTS“Mereka berada dalam kondisi tidak baik, jadi kita rehatkan dulu. Mungkin pada aksi akan datang mereka dah pulih, Tetapi buat masa ini kita akan turunkan permain yang cergas dahulu.

“Jadi ada perubahan dalam taktikal pasukan. Bagaimanapun, saya harap pemain dapat pamer persembahan dan disiplin tinggi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Namun kata Zainal, beliau optimis pemain dapat mempraktikkan taktikal dirancang sekali gus membawa pulang tiga mata penting malam ini.

“Saya yakin dengan strategi permainan sudah dirangka dan pemain sendiri tahu apa yang mereka perlu lakukan apabila berada di padang.

“Walaupun selepas ini kita sedar akan ada lebih ramai pemain yang mengalami kecederaan namun kita perlu terus fokus untuk mencapai kemenangan demi kemenangan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.