Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

Kurangkan bergantung pekerja asing, utamakan pekerja tempatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 FEB: Kerajaan Persekutuan perlu mengurangkan kebergantungan tinggi kepada pengunaan tenaga buruh asing di negara ini.

Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, berkata usaha perlu ditumpukan kepada melahirkan pekerja berkemahiran dengan tangga gaji tinggi seterusnya meningkatkan produktiviti.

Katanya, ia harus meliputi kesemua sektor terutama pembinaan, perladangan dan agrikultur.

Foreign workers stand in line to take a bus that will transport them to where they live at the end of their shift at a construction site in Dubai on April 16, 2008. Emarati officials warned during a two-day conference on National Identity held in Abu Dhabi of the dangers of social instability created by large foreign minorities. AFP PHOTO/KARIM SAHIB (Photo credit should read KARIM SAHIB/AFP/Getty Images)

“Untuk pembinaan, kita ada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang ditubuhkan pada 1994 untuk mempromosikan penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

“Jika semua pembinaan menggunakan IBS, kita tidak memerlukan pekerja tidak mahir, maka permintaan pekerja asing akan berkurangan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong tindakan membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh bagi memenuhi sektor pekerjaan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi turut mencabar golongan belia melakukan pekerjaan 3D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ (Kotor, Sukar dan Berbahaya) jika membantah tindakan itu.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, kenyataan Khairy menunjukkan Ketua Pemuda Umno itu berfikiran cetek.

“Untuk pengetahuan Khairy, Pangsapuri Pekeliling (kini dirobohkan) dan Rifle Range dibina menerusi kaedah IBS pada tahun 60-an.

“Mengapa kita ada lambakan pekerja asing dan CIDB gagal? Kerana kroni membuat duit dengan kemasukan warga asing ke negara ini.

“Kita semua maklum tahap intelektual Zahid tetapi melihat Khairy kini sama dengannya adalah menyedihkan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.