Categories
SELANGOR

Rumah Ngaji mohon dana orang ramai

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 1 FEB: Rumah Ngaji atau Rumah Maghfirah RedhaMu bakal mengadakan Majlis Pelancaran Dana Pembangunan bagi mengumpul dana untuk menyiapkan setelah sekian lama terbengkalai.

Rumah Ngaji itu memerlukan dana sebanyak RM150,000 untuk menyiapkansepenuhnya binaan yang berbaki 20 peratus.

Rumah NgajiMajlis bakal diadakan di Lot 105, Kampung Bendara, Batu Caves bermula jam 7.30 malam hingga 11.00 malam pada 5 Februari ini.

Turut hadir memberikan sokongan merupakan pelakon dan pengarah tanah air terkenal, Datuk Rosyam Nor yang dijadualkan berkongsi cerita dan pengalaman beliau.

Pada malam itu turut diadakan persembahan Seni Silat Lian Padukan dan Silat Tari Pahang.

Rumah Ngaji atau Rumah Maghfirah adalah institusi pengajian masyarakat setempat mempelajari al-Quran secara percuma.

Rumah dibina sejak 2010 di Kampung Bendahara, Batu Caves itu adalah blok tambahan kepada kediaman sedia ada untuk ruang pengajian al-Quran, pendidikan kanak-kanak dan dewasa serta kawasan bermalam bagi musafir dan aktiviti usrah.

NGO itu turut memohon jasa baik orang ramai menyumbangkan bantuan bagi pembiayaan kerusi roda kepada dua pelajar yang memerlukan kemudahan itu bagi memudahkan pergerakannya.

Kos anggaran untuk kerusi roda itu sekitar RM6,000 seunit.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Rumah Maghfirah RedhaMu – CIMB Islamic (86-0241323-8) atau hubungi Ma’ Amor Kamaruddin di talian 019-253 5794.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.