Categories
NASIONAL

Sekatan masuk Sarawak tidak jejas kempen KEADILAN

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 1 FEB: Sekatan memasuki Sarawak terhadap beberapa pemimpin pembangkang khususnya KEADILAN bukan menjadi masalah besar.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebaliknya kemudahan internet dan laman sosial boleh dimanfaatkan sebaiknya untuk berkempen kepada rakyat.

SarawakKatanya, semangat pimpinan KEADILAN tetap tinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN 11).

“Walaupun jasad tidak masuk tetapi semangat ada.

“Sekarang dengan laman sosial, internet kita akan boleh berhubung dengan rakyat daripada pelbagai sumber. Tiada masalah,” katanya.

Jelasnya, KEADILAN sudah bersedia dari segi jentera, calon dan logistik untuk bertanding di Sarawak

“Kita bersedia walaupun buat pertama kali tarikh pilihan raya tidak diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diumumkan orang lain daripada SPR.

“Walau apa pun tarikh, kita bersedia menghadapi PRN Sarawak,” katanya.

Padan PRN 10 lalu, KEADILAN berjaya memenangi tiga daripada 49 kerusi yang ditandingi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.