Categories
NASIONAL

Azmin: Tumpu kepentingan rakyat dahului parti

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 1 FEB: KEADILAN mengingatkan blok pembangkang supaya mendahulukan kepentingan rakyat berbanding individu dan parti bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN 11).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kesepaduan ditonjolkan dalam PRN lalu membuahkan hasil dengan meraih sokongan beberapa kerusi DUN.

SarawakKatanya, menjadi hasrat beliau supaya semua parti kembali ke meja perundingan demi memastikan masalah itu diselesaikan secara baik.

“Kita masih ada ruang untuk berbincang dan kembali mempertahankan prinsip satu lawan satu demi kebaikan Sarawak.

“Mereka kena letakkan kepentingan rakyat Sarawak daripada kepentingan individu dan parti masing-masing untuk membawa perubahan.

“Letakkan kepentingan rakyat saya percaya kita boleh berunding dan selesaikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu satu lawan satu dalam PRN Sarawak.

Menyentuh soal kerusi bertanding, KEADILAN terus mengambil cabaran bertanding di kerusi pedalaman seperti dilakukan sebelum ini.

Pada PRN 10, KEADILAN bertanding 49 kerusi dan berjaya memenangi tiga DUN.

Jelas Mohamed Azmin, KEADILAN bakal meletakkan kombinasi calon lama dan baru dalam PRN kali ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.