Categories
SELANGOR

Selangor sumbang RM30,000 naik taraf surau tahfiz

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 FEB: Sejumlah RM30,000 disumbangkan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf Surau Al- Ukhwah di Taman Desaria, Petaling Jaya yang menjadi pusat pembelajaran anak-anak tahfiz.

IMG-20160228-WA0020Majlis penyampaian cek diserahkan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada surau terbabit pada 26 Februari lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah dan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Halimey Abu Bakar.

Sebelum itu, menurut laman Facebook Nik Nazmi, beliau turut menyalurkan sumbangan kepada warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dan AMK Sepang bersama penyelaras Dun Dengkil dan Ketua Cabang PKR Sepang, Borhan Aman Shah.

Sumbangan disampaikan di Rumah Pertubuhan Kebajikan Wanita Ikhlas Selangor, Batu 31, Jalan Banting, Dengkil.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.