Categories
SELANGOR

SELCAT: Atasi masalah sampah elak penularan kes denggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Isu pengurusan sampah di Selangor wajar diatasi bagi mengatasi masalah penularan kes denggi di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor), Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ooi Choo Huck, berkata isu terbabit perlu menjadi keutamaan Kerajaan Negeri JKN demi mengawal kes berkenaan.

“Masalah denggi serius dan tinggi di Selangor dan usaha mengatasinya perlu ditingkatkan.

SELCAT“Jabatan mendapati antara langkah perlu adalah menangani masalah pengurusan sampah di negeri ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan dalam sesi pendengaran awam mengenai wabak denggi di Selangor kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, jabatan menjalankan usaha berterusan dalam usaha mengatasi masalah terbabit termasuk mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun, beliau berkata, kekangan peruntukan ada kalanya mengehadkan tindakan yang ingin dibuat.

Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh mempersoalkan mengapa JKN tidak memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Ooi menjelaskan perkara terbabit tidak dimakluminya.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu menjelaskan seharusnya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Selangor yang diadakan dua minggu sekali.

“Selama ini kita tak minta pada Kerajaan Negeri kerana tidak tahu dan kita hanya memohon kepada Kerajaaan Persekutuan.

“Kalau memang boleh mungkin kita akan minta,” kata Ooi.

Bagi membanteras denggi, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.015 juta pada tahun lalu dan RM1.5 juta untuk tahun ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.