Categories
NASIONAL

Semak Akta SPRM, siasat kekayaan melampau

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI BESI, 17 FEB : Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali mempunyai pilihan menyemak semula cadangan penambahbaikan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir, berkata ketetapan itu termasuklah menjalankan siasatan dengan memperuntukkan kehidupan mewah melampaui kemampuan sebagai asas siasatan dan bukti rasuah.

“Seksyen 36 di bawah Akta SPRM berkenaan ‘kuasa untuk memperoleh maklumat’ menghadkan kuasa SPRM hanya untuk memaksa mereka yang sedang disiasat kes salah laku dan penyelewengan mengisytiharkan harta dengan notis sekadar membantu siasatan.

IMG_1578“Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat NOW disokong fakta dan bukti kukuh, mereka disyaki terlibat dengan skandal berkenaan masih bebas dan gagal dikaitkan dengan sebarang kesalahan mengikut undang-undang sedia ada.

“Sebaliknya, pemberi maklumat berdepan risiko dan terdedah dengan siasatan serta tekanan daripada pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat NOW.

Akmal berkata, siasatan itu mencakupi setiap individu dikaitkan dengan dakwaan rasuah tanpa perlu adanya cubaan melindungi pihak tertentu.

“Siasatan boleh dijalankan terhadap individu yang kehidupannya mewah melampaui kemampuan terutamanya mereka yang berkhidmat atau mempunyai kepentingan awam seperti Menteri, ahli politik, pegawai kerajaan dan syarikat swasta,” katanya.

Katanya, keengganan tertuduh memberi penjelasan terhadap sumber kekayaan diperoleh boleh menjadi bukti kukuh kepada salah laku rasuah dan ketirisan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.