Categories
NASIONAL

Siasatan dana didakwa ada kaitan Najib masih berjalan – Polis HK

SHAH ALAM, 4 FEB : Polis Hong Kong masih menjalankan siasatan terhadap deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa ada kaitannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu disahkan cawangan perhubungan awam polis wilayah itu, lapor Malaysiakini.

Najib-RM“Seorang lelaki membuat laporan kepada polis (Hong Kong) pada 30 Ogos dan meminta kami menyiasat deposit bank itu.

“Siasatan ibu pejabat jenayah kami sedang berjalan,” kata pegawai itu.

Polis Hong Kong membuka fail siasatan itu berikutan laporan yang dibuat oleh bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 30 Ogos lalu.

1MDB JHO LOWKhairuddin dalam laporan polisnya menamakan empat syarikat yang beliau dakwa dimiliki jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low yang rapat dengan Najib dan keluarganya.

Khairuddin juga membuat laporan terhadap 1MDB di Switzerland dan Singapura.

1MDB kini turut disiasat Ketua Pendakwa Negara Switzerland atas dakwaan menyeleweng RM16.6 bilion daripada syarikat Kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Najib telah dibersihkan oleh Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Apandi Ali daripada sebarang salah laku berhubung derma RM2.6 bilion (AS$681 juta) dan RM42 juta yang disalurkan dari SRC International ke dalam akaun bank peribadinya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.