Categories
SELANGOR

Zuraida: Dedah kes rogol gadis Penan punca dilarang masuk Sarawak?

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 FEB: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin percaya beliau dihalang memasuki Sarawak kerana kelantangannya memperjuangkan nasib gadis kaum Penan yang dirogol pemandu lori yang membawa kayu balak keluar dari hutan negeri itu.

Kata Zuraida, ini berdasarkan satu kenyataan pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kononnya beliau menipu di Dewan Rakyat berhubung kejadian gadis Penan di rogol.

yb zhuraidah markshort“Dalam kenyataannya, dia menafikan kejadian gadis Penan dirogol sedangkan kejadian ini benar-benar berlaku dan Kementerian Hal Ehwal Wanita pernah mengadakan pasukan siasatan khas mengambil masa lebih setahun menyelesaikan siasatan tetapi bila selesai siasatan, mereka tak dedahkan.

“Pada sidang Parlimen saya pertikaikan kenapa tak umumkan siasatan dan selepas itu baru mereka umumkan keputusan siasatan dan mendapati memang kejadian rogol gadis Penan ada berlaku,” kata Zuraida kepada media pada program #HeForShe di Hotel DePalma di sini, semalam.

Terdahulu dalam forum itu, Zuraida melahirkan perasaan kesal apabila terdapat pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa kejadian rogol gadis Penan merupakan sebagai sebahagian cara hidup masyarakat di situ.

“Tidak mungkin ada seorang bapa yang merelakan anak gadis mereka dirogol,” kata Zuraida lagi.

Bagaimanapun Zuraida berkata beliau sudah menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem supaya memberi kebenaran kepada beliau memasuki Sarawak.

Katanya lagi, selain menulis surat, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam kunjungan hormat ke Adenan pada Mac tahun lalu, juga ada menyentuh isu larangan terbabit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.