Categories
SELANGOR

280 anak pokok bakau serikan Pulau Indah

Oleh: AFIX REDZUAN

PULAU INDAH, 5 MAC: Central Spectrum Sdn Bhd bersama Infinity Logistic and Transport Sdn Bhd serta Westport mengambil inisiatif menanam hampir 280 anak pokok bakau sebagai usaha memelihara ekosistem di pesisiran Sungai Chandong.

Turut disertai pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, projek tanaman bakau itu adalah salah satu bentuk khidmat sosial korporat (CSR) bersama tiga syarikat di kawasan industri Fasa 3A.

IMG_0501Pengurus Besar Pembangunan Central Spectrum, Noor Azhuril Adnan, berkata aktiviti itu bertujuan menyemai semangat cintakan alam semula jadi dan memelihara hutan paya bakau yang semakin pupus di Malaysia.

“Kita mahu pastikan masyarakat terutama golongan pelajar menghargai kehijauan alam sekitar demi kepentingan masa hadapan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya mempunyai rancangan pembinaan landskap untuk riadah di kawasan industri Fasa 3A yang bakal menempatkan hampir 50 buah kilang dan dijangka siap pertengahan tahun 2017.

“Kita berhasrat membina landskap hijau yang turut menempatkan trek basikal buat orang awam beriadah.

“Di tengah kawasan ini akan dibina kilang dan jalan raya lebar bagi memudahkan pergerakan lori,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.