Categories
EKONOMI SELANGOR

Central Spectrum meterai MoU dengan perbadanan infrastruktur India

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 27 FEB: Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) yang juga pemaju hartanah berpangkalan di Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Infrastruktur Perindustrian Negeri Telangana (TSIIC).

Kedua-dua pihak bersetuju menjalinkan kerjasama bagi mempromosi hab teknologi dalam bidang sains hayat, bioteknologi, penjagaan kesihatan dan peralatan perubatan melalui memorandum yang dimeterai.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Dato’ Mahmud Abbas berkata, memorandum itu akan merangkumkan elemen strategik dan melaksanakan promosi yang giat bagi Selangor serta Telangana.

“Kami juga turut menawarkan peluang kepada Telengana untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Majlis,” katanya, di Hyderabad, India, baru-baru ini.

Pada masa sama, kedua-dua pihak turut mempromosi hab dalam bidang penyelidikan, pra-klinikal, farmaseutikal dan pembangunan peranti.

Categories
SELANGOR

Central Spectrum bantu penduduk Orang Asal tingkat ekonomi

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 23 MEI: Central Spectrum Sdn Bhd memainkan peranannya bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Pulau Indah khususnya masyarakat Orang Asal di situ dengan menyediakan pelbagai bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Central Spectrum Sdn Bhd, Mahmud Abbas berkata, antara bantuan akan diberikan termasuklah rancangan menyediakan bantuan benih serai, limau nipis dan lain-lain untuk ditanam sebelum hasilnya dijual kepada pengilang menghasilkan produk minyak wangi, pharmaseutikal.

“Diharap Orang Asal di sini dapat berniaga membawa hasil laut, pertanian dan lain-lain untuk dijual di situ. Di sini nanti kita akan ada kilang minyak wangi dan kilang pharmaseutikal di mana mereka perlu daun-daun seperti serai, limau nipis yang digunakan untuk pembuatan krim, minyak wangi dan lain-lain.

Central Spektrum“Di sini nanti kita tubuhkan satu badan untuk memberi benih kepada orang kampung dan Orang Asal supaya dapat tanam dan kita pasti akan beli balik dan dengan ini orang di sini dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya.

Mahmud berkata demikian pada Central Spectrum Bersama Masyarakat Orang Asal Pulau Indah di Kampung Orang Asal Pulau Indah di sini, hari ini.

Selain itu, beliau juga menggesa masyarakat di situ mengambil peluang berniaga setiap kali penganjuran pelbagai program khususnya program bertaraf dunia.

“Tiap-tiap tahun Central Spectrum mengadakan acara berbasikal 180 kilometer. Pada awal tahun ini, 1,000 orang daripada 30 buah negara datang.

“Tetapi kalau tiada Orang Asal berniaga pada masa itu menjual barangan yang menonjolkan budaya, rugilah kita dan sebab itulah pada tahun depan perlumbaan akan dimulakan di sini, bukannya di pejabat saya,” katanya.

Jelasnya, pada masa ini Central Spectrum juga giat membangunkan beberapa kawasan termasuk kawasan rekreasi yang bakal menarik kehadiran pengunjung luar.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Selangor optimis Pulau Indah sebagai taman perindustrian moden

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kerajaan Negeri yakin Pulau Indah mampu dibangunkan sebagai taman perindustrian moden serta pulau pelancongan eko di Selangor.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata iltizam dan komitmen tinggi ditunjukkan pengurusan dan kakitangan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (Central Spectrum) diyakini mampu merealisasikan harapan itu pada masa hadapan.

“Pulau Indah mampu menjadi sebuah pulau contoh yang bakal menerajui taman perindustrian sebagai pusat pelaburan utama di Selangor dan Malaysia amnya.

LrMobile0704-2016-1005140707534810983“Di samping itu, dengan strategi berkesan ia juga mampu dijadikan sebagai sebuah pulau berasaskan pelancongan eko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan ucapan mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis pelancaran Cofee Table Book Pulau Indah Scenic & Enchanting di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas.

Pada masa sama, Chang Khim berkata, Central Spectrum dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) diharapkan boleh bekerjasama bagi pembangunan pulau itu untuk memastikan gambaran dalam buku terbabit mampu menjadi daya tarikan baru.

Katanya, Central Spectrum sudah membuktikan kesungguhan dengan membangunkan pulau berkenaan untuk dijadikan permata bernilai bagi dumajukan sebagai taman perindustrian biarpun berdepan masalah pada awalnya.

“Pada tahun lalu, Central Spectrum mencatatkan keuntungan dan jualan tertinggi di dalam sejarah penubuhannya melalui hasil jualan hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara.

IMG_20160407_100551“Pembangunan rancak kini mendorong kehadiran masyarakat luar untuk bekerja di situ selain aktiviti tradisional masyarakat kampung dan orang Asal iaitu pertanian serta perikanan,” katanya.

Dengan pengenalan buku itu, beliau berharap Central Spectrum dapat bekerjasama dengan Tourism Selangor, Invest Selangor, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Tourism Malaysia dalam mempromosikannya ke luar negara.

“Ia juga boleh dijadikan satu momento kenangan dalam lawatan Kerajaan Negeri ke luar negara sebagai tanda persahabatan atau buku undangan khas pelabur luar ke pulau berkenaan.

“Sudah tiba masanya ia dipopularkan kepada masyarakat umum dengan mengenengahkan tempat menarik di pulau ini sebagai lokasi pelancongan,” katanya.

Pulau Indah mempunyai empat perkampungan tradisi iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Teluk Nipah, Kampung Sungai Kembong dan Kampung Perigi Nenas dengan populasi hampir 17,000 orang terdiri dari masyarakat Melayu dan orang Asal.

-AA-

Categories
SELANGOR

280 anak pokok bakau serikan Pulau Indah

Oleh: AFIX REDZUAN

PULAU INDAH, 5 MAC: Central Spectrum Sdn Bhd bersama Infinity Logistic and Transport Sdn Bhd serta Westport mengambil inisiatif menanam hampir 280 anak pokok bakau sebagai usaha memelihara ekosistem di pesisiran Sungai Chandong.

Turut disertai pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, projek tanaman bakau itu adalah salah satu bentuk khidmat sosial korporat (CSR) bersama tiga syarikat di kawasan industri Fasa 3A.

IMG_0501Pengurus Besar Pembangunan Central Spectrum, Noor Azhuril Adnan, berkata aktiviti itu bertujuan menyemai semangat cintakan alam semula jadi dan memelihara hutan paya bakau yang semakin pupus di Malaysia.

“Kita mahu pastikan masyarakat terutama golongan pelajar menghargai kehijauan alam sekitar demi kepentingan masa hadapan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya mempunyai rancangan pembinaan landskap untuk riadah di kawasan industri Fasa 3A yang bakal menempatkan hampir 50 buah kilang dan dijangka siap pertengahan tahun 2017.

“Kita berhasrat membina landskap hijau yang turut menempatkan trek basikal buat orang awam beriadah.

“Di tengah kawasan ini akan dibina kilang dan jalan raya lebar bagi memudahkan pergerakan lori,” katanya.

-AA-

Eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum – Mahmud Abbas

Central Spectrum berjaya membangunkan tanah industri seluas 3,500 ekar dan berjaya menjana keuntungan RM 15 Billion dalam tempoh 20 tahun.

Ikuti video temubual Penolong Pengarang Selangor Kini bersama CEO Central Spectrum, Mahmud Abbas.