Categories
SELANGOR

84 syarikat perunding, juruukur terima watikah lantikan projek tebatan banjir

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 MAC : Sebanyak 84 syarikat perunding dan juruukur kejuruteraan menerima watikah lantikan bagi Program Pembangunan Tebatan Banjir.

Watikah lantikan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Program Pembangunan Tebatan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor YB Zaidy (ASRI) (2)Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran, Hashim Osman dan Timbalan Pengarah Seksyen Agihan dan Pembangunan (UPEN), Mohd Hasry Nor Mohd.

Sementara itu, Zaidy dalam ucapan perasmiannya berharap lantikan itu mampu digalas baik bagi seiring komitmen Kerajaan Negeri mengatasi masalah banjir.

Beliau berkata perancangan bagi program pembangunan tebatan banjir itu perlu dilaksanakan efektif dan lancar demi kepentingan rakyat.

“Pelantikan ini merupakan amanah harus dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan sepenuh hati semua perunding dan juruukur dilantik,” katanya.

Program Pembangunan Tebatan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor YB Zaidy (ASRI) (1)Bagi mencapai keberkesanan program itu juga katanya, semua perunding dan juruukur disarankan memberi kerjasama baik dengan Kerajaan Negeri.

Katanya lagi, syarikat dilantik perlu mencurahkan segala kemahiran dan pengetahuan untuk mengatasi masalah banjir di negeri itu.

“Gabungan kemahiran dan jurukur dilantik ini membantu memacu hala tuju Kerajaan Negeri khususnya JPS Selangor mengatasi risiko banjir kepada penduduk serta mewujudkan persekitaran lebih kondusif,” katanya.

Melalui program itu, antara projek dilaksanakan adalah menangani masalah banjir di Johan Setia, Telok Gadong, Pandamaran dan Kapar.

Selain itu, program iru turut memfokuskan ke arah penambahbaikan sistem saliran di Kampung Melayu Sungai Buloh dan Kampung Tasik Permai Hulu Langat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.