Categories
NASIONAL

Ahli Umno dicabar ikuti jejak Tun M

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 MAC : Ahli Umno yang tidak lagi menyokong kepimpinan Presiden parti dicabar untuk keluar daripada parti itu, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min.

Beliau berkata, pengunduran Tun Dr Mahathir daripada Umno menjadi penanda aras kepada ahli Umno untuk terus membiarkan parti itu ditadbir Presiden yang gagal atau sebaliknya.

Mahathir-UMNO“Tun Mahathir membuat cabaran itu dan saya kira apa yang dilakukan oleh Mahathir itu adalah wajar.

“Sekarang kita hanya perlu tunggu apa pula langkah yang diambil oleh ahli yang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz.

“Namun bagi saya, kepimpinan Umno tentunya tidak lakukan perkara sama kerana mereka lebih pentingkan manfaat untuk mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau mengulas pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua daripada Umno, atas alasan parti itu sudah tersasar daripada prinsip perjuangan asalnya.

Kata Mahathir, Umno kini hanya menjadi parti yang mempertahankan Najib yang terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan kewangan.

Bagaimanapun kata Kian Min, pergolakan dalam Umno jelas menunjukkan Umno berada dalam krisis kepimpinan yang buruk sekaligus mencerminkan kelemahan pentadbirannya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.