Categories
NASIONAL

Apa motif tahan dua wartawan Australia?

OLEH : NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Penahanan dua wartawan Australia yang mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung jutaan ringgit dimasukkan ke akaun peribadinya membuktikan ada perkara disembunyikan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tindakan polis menahan pengamal media untuk melakukan tugas jelas tidak wajar dan hanya menjejaskan imej negara.

guan eng parlimen 07“Kenapa mereka ditahan selama enam jam? Mereka tidak perlu ditahan untuk tempoh seperti itu. Tindakan ini sangat tidak wajar.”

“Ini membuktikan ada yang mahu disembunyikan dan sesuatu yang ditakutkan apabila media tidak boleh bertanyakan soalan seperti itu,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen.

Semalam, wartawan ABC Four Corners, Linton Besser dan jurukamera Louis Eroglu ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media bersama perdana menteri di Kuching.

Bagaimanapun, Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu dan pasukan keselamatan kemudiannya meminta mereka beredar.

Kedua-dua kemudiannya kembali ke hotel penginapan namun sepasukan anggota polis dari Kota Sentosa menahan mereka tidak lama kemudian.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang melakukan urusan rasmi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.