Categories
SELANGOR

‘Champions UPSR’ panduan pelajar ke peringkat menengah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 11 MAC: Seramai 130 pelajar terbaik dari empat buah sekolah dipilih menyertai program ‘Champions UPSR’ di Bilik Seminar Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), 8 Mac lalu.

ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata program julung kali itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah sebelum berada di peringkat menengah selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dr Halimah Ali“Pencapaian UPSR ini digunakan sebagai penentu arah tuju pelajar terbabit di peringkat menengah.

“Keputusan itu juga menentukan sama ada (mereka) layak untuk meneruskan persekolahannya di sekolah asrama penuh atau sekolah berprofil tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Program kerjasama PPAS itu memberi tumpuan kepada pelajar supaya lebih berdaya saing ke arah kejayaan bersama pada masa depan.

Lebih istimewanya, ia turut menampilkan penglibatan Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir yang memimpin slot Solat Hajat Perdana bersama pelajar terlibat.

Selain itu, tokoh akademik negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Latif Ibrahim juga hadir berkongsi jejak langkah beliau sebagai ilmuan terkemuka negara.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.