Categories
SELANGOR

Contohi keunggulan dan semangat Wan Azizah

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAJANG, 5 MAC: Setiap golongan wanita di negara ini perlu mencontohi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mampu menggalas tanggungjawab besar sebagai ibu dan pemimpin.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata sebagai Ketua Pembangkang Malaysia, Wan Azizah berdepan pelbagai dugaan hidup sejak 1998.

yb eli-web 5“Perlu diingatkan peranan wanita adalah penting bukan sahaja dalam rumah tangga, tetapi juga masyarakat. Malah suara mereka penting untuk menggubal dasar kerajaan dan mewakili suara rakyat.

“Wanita selalu dikatakan lemah dan tidak berdaya, tetapi lihat Wan Azizah ujiannya tidak henti-henti.

“Wanita seperti inilah boleh membuktikan golongan kita bukan lemah sekali gus memberikan harapan bukan sahaja keluarga, tetapi seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Fiesta Wanita dan Keluarga 2016 di Kompleks Metropoint, di sini hari ini.

pwb kajang 2Pada masa sama, Elizabeth berkata, Kerajaan Selangor sentiasa komited dalam usaha memperhebatkan agenda memartabat golongan wanita di negeri itu.

Beliau berkata, hal itu dapat dibuktikan melalui pelbagai program membabitkan wanita dianjurkan seluruh negeri.

“Kita dapat lihat program yang dijalankan melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) serta inisiatif lain dan usaha dijalankan.

“Perkara ini perlu dipuji dan usaha hebat memperkasakan wanita di negeri ini perlu disokong semua pihak,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.