Categories
SELANGOR

Cuaca panas melampau, elak pembakaran terbuka

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 24 MAC : Masyarakat dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti pembakaran terbuka dalam keadaan cuaca panas melampau ketika kini, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekincan, Ng Suee Lim.

Beliau berkata, kegiatan tersebut boleh mengundang kepada kemusnahan alam sekitar selain mendatangkan kerugian kepada golongan petani.

ng suee lim“Elakkan daripada membuat pembakaran terbuka ketika keadaan cuaca panas melampau sekarang.

“Kita bimbang api boleh merebak dan mengancam hasil pertanian sekaligus menyebabkan golongan petani terpaksa menangung kerugian besar.

“Ambil langkah berwaspada terutamanya puntung rokok jangan dibuang di tempat kering yang boleh menyebabkan kebakaran,” katanya kepada SelangorKini.

imageSemalam, sebanyak 2.6 hektar kebun dan kawasan belukar di tujuh kawasan Sekinchan dilaporkan terbakar ekoran cuaca panas melanda negara.

Kebakaran melibatkan tanas seluas 0.4 hektar di Kampung Tali Air 11, Sungai Nibong, Parit 11 Pasir Panjang dan Parit 8 Sekinchan yang dikenali antara kawasan tumpuan pertanian Selangor.

Suee Lim juga menyarankan penduduk supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya wujud kegiatan pembakaran terbuka di kawasan kediaman masing-masing.

“Buat laporan sekiranya ada kegiatan mencurigakan kerana peranan masyarakat dalam membantu pihak berkuasa menangani kes-kes ini amat diperlukan demi kesejahteraan kita bersama,” katanya.

Fenomena panas itu dijangka berkurangan penghujung Mac ini berikutan musim peralihan yang membawa lebih banyak hujan dan ribut petir pada lewat petang.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.