Categories
SELANGOR

Pelumba kelahiran Klang ditangga teratas ujian masa ARRC

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 MAC: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman memberi amaran kepada mencabarnya dengan catatan masa terpantas Supersports dalam sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Pasir Gudang, Johor, semalam.

Anak kelahiran Klang, Selangor yang kembali menyertai perlumbaan itu mewakili pasukan BikeArt Kawasaki pada hari pertama sesi ujian itu dengan catatan terbaik 1’32.311s daripada tiga sesi latihan.

Beliau berjaya mengatasi rakan senegara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda) (1’32.755s) dan ketiga, rakan sepasukan Zaqhwan, Yuki Takahashi dari Jepun (1’32.924s).

AZLAN“Pertama kali menggunakan jentera Kawasaki ketika sesi latihan bersama pasukan BikeArt Kawasaki beberapa minggu lalu dan hasilnya agak memuaskan.

“Keputusan dicatat semakin meningkatkan keyakinan saya terhadap jentera digunakan ketika ini,” kata juara SuperSports ARRC 2013 itu.

Mantan pelumba Moto2 negara itu bakal mengetuai cabaran Kawasaki di pentas ARRC dalam misi memburu gelaran keseluruhan yang kali terakhir dimenangi jenama itu pada 2011 melalui pelumba handalan Jepun, Katsuaki Fujiwara.

AZLAN KAWASAKI 1“Saingan ARRC semakin mencabar tahun demi tahun di mana ia menarik minat ramai pelumba kelas dunia dari Asia dan pada masa sama terus melahirkan ramai pelumba berbakat melalui siri kejuaraan itu.

“Saya meninggalkan siri ini dua tahun dan menjangkakan bukan tugas mudah untuk memenangi perlumbaan,” katanya.

Perlumbaan memburu kejuaraan menjanjikan saingan sengit antara pelumba saban musim dan misi sama digalas Zaqhwan, pelumba negara dari Kajang, Selangor yang muncul juara pada 2014 yang pasti dicabar rakan sepasukan, Yuki (juara 2015).

Azlan, Zaqhwan dan Yuki pernah beraksi di pentas Moto2 akan disertai pelumba lain dalam pusingan pembukaan ARRC musim ini yang akan berlangsung di Litar Johor, Pasir Gudang pada 31 Mac hingga 2 April ini.

Keputusan hari pertama ujian pra-musim ARRC:

SuperSports 600cc
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS), 1’32.311s
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS), 1’32.755s
3. Yuki Takahashi (JPN), 1’32.924s
4. Ratthapong Wilairot (THA), 1’33.100
5. Decha Kraisart (THA), 1’33.308s

Leave a Reply

Your email address will not be published.