Categories
SELANGOR

HIJRAH: 1,471 warga Sungai Besar terima manfaat

OLEH: LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 25 MAC: Seramai 1,471 warga Sungai Besar menerima baucar pinjaman Program HIJRAH sejak mula diperkenalkan pada Mac 2015.

Pengurus Cawangan HIJRAH, Mohd Ridhwan Asmara, berkata sejumlah RM2.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri sepanjang tempoh itu dengan peratusan bayaran balik melebihi 96 peratus.

HIJRAH SUNGAI BESAR 1“Skim pinjaman tanpa faedah ini bagaimanapun menerima perspektif salah apabila ada pihak memberi maklumat kononnya ia tidak perlu dibayar balik.

“Ia perlu dibayar semula secara konsisten bagi menjamin lanjutan pinjaman seterusnya.

“Kegagalan membuat bayaran tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas jalan perbincangan dan amaran tidak diendahkan peminjam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Baucar HIJRAH yang turut dihadiri Penasihat DUN Sungai Panjang, Mohd Fadzin Taslimin.

HIJRAH SUNGAI BESARBertempat di Dewan Comel, Kampung Pekan Selasa, seramai 98 orang menerima baucar pinjaman dengan jumlah keseluruhan RM504,649.

Ridhwan berkata, sehingga kini hampir 19,000 rakyat Selangor menerima manfaat program HIJRAH dengan peruntukan melebihi RM91 juta.

“Bagi peringkat negeri, kita menerima 98 peratus bayaran balik dan hasil selidikan kita dapati baki tidak membayar semula itu disebabkan beberapa perkara.

“Antaranya projek peminjam gagal, sakit kronik yang menyebabkannya tidak mampu bekerja dan paling teruk peminjam yang saja-saja tidak mahu bayar. Ini yang kita tidak mahu,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.