Categories
NASIONAL

Himpunan Anti-GST genap setahun 2 April ini

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 MAC: Pakatan Harapan (PAKATAN) bakal mengadakan himpunan Anti-GST pada 2 April ini sempena setahun pelaksanaannya.

Ia dianjurkan di satu lokasi yang bakal dimaklumkan kelak dan terbuka kepada semua.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata PAKATAN konsisten menolak pelaksanaan GST seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Alternatif mereka.

bantah-gst“1 April sudah dekat, bermakna genap setahun GST dilaksanakan. Tempat kita umumkan kemudian di Kuala Lumpur.

“Itu adalah komitmen berterusan daripada PH yang dalam Belanjawan Alternatif kita sebut GST. Semua sedia maklum pendirian kita menolak GST sejak dulu lagi,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Dalam perkembangan sama beliau memaklumkan mesyuarat sekreteriat hari ini turut membincangkan persiapan kertas kerja dasar bersama PAKATAN yang akan diumumkan pada Julai ini.

Menyentuh perkembangan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak), Saifuddin menjelaskan ia masih dalam peringkat perbincangan ketiga-tiga parti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.