Categories
SELANGOR

Hospital KPJ Kajang santuni pesakit buah pinggang

KAJANG 14 MAC: Hospital Pakar KPJ Kajang menganjurkan program “World Kidney Day 2016 Celebration” bersempena sambutan International World Kidney Day bertempat di Bangi Golf Resort.

Objektif utama program itu untuk menghargai pesakit menjalani rawatan dialisis di Hospital Pakar KPJ Kajang dan memberi kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan buah pinggang.

SESI PEMOTONGAN KEK BERAMAI RAMAI OLEH PARA PESAKIT DAN PENGURUSAN KPJ KAJANGPelancaran program itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Kajang, Alice Liu Ghee Voon diringi dengan barisan pengurusan tertinggi KPJ Kajang.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program itu seperti sesi ceramah kesihatan disampaikan pakar pemakanan KPJ Kajang, Baidurah dan juga sesi kuiz berunsurkan kesihatan buah pinggang.

Aktiviti lain diadakan seperti permainan kanak-kanak bertemakan Ular dan Tangga versi gergasi, penyampaian anugerah untuk 10 pesakit dialisis terbaik daripada segi pengambilan air dan diet ideal.

Penutupan program dimeriahkandengan sesi karaoke bagi lima keluarga dan sesi cabutan bertuah.

Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 150 tetamu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.