Categories
SELANGOR

INPENS perkukuh kerjasama bersama lapan wakil industri

OLEH: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 18 MAC: Kolej Antarabangsa INPENS menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama lapan wakil industri hari ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V. Ganabatirau, berkata kerjasama itu dapat memastikan graduan institusi itu menepati kehendak pasaran semasa.

MOU UNISELKatanya, usaha itu juga menjamin peluang pekerjaan kepada lepasan INPENS.

“INPENS memainkan peranan bagi melahirkan pekerja mahir berkualiti sepertimana negara maju.

“Ia sekaligus mengurangkan kebergantungan tenaga asing pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berucap ketika perasmian Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Kolej Antarabangsa INPENS dan Industri 2016 di sini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Eksekutif INPENS, Rosli Ibrahim dan wakil industri terlibat.

Antaranya, Salikin Sidek, Semarak Motivasi Sdn Bhd, Temasya Gleanmarie Autocare Sdn Bhd, Seri’s Spa, Sri Sinar Collection, Jefri Motor dan Comres Computer.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.