Categories
NASIONAL

Kecualikan saman had laju, menteri kebal undang-undang?

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 24 MAC : Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan berhubung pengecualian saman had laju terhadap kenderaan rasmi milik kerajaan membayangkan menteri-menteri Umno Barisan Nasional kebal undang-undang.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, berkata tiada sebarang pengecualian bersifat imuniti kepada menteri membabitkan aspek perundangan negara.

Fahmi“Ini kenyataan yang sangat mengejutkan bagi rakyat Malaysia kerana menteri juga sepatutnya tidak mempunyai imuniti terhadap kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju.

“Jika menteri mempunyai imuniti atau tidak boleh dipersalahkan, ia memberi satu signal yang buruk kepada orang awam bahawa menteri ada set undang-undang yang berbeza daripada rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen, Nur Jazlan berkata keputusan tersebut dibuat kononnya selari dengan kepentingan menteri dalam menjalankan urusan rasmi kerajaan.

Namun katanya, pengecualian itu hanya tertakluk kepada kenderaan rasmi kerajaan dan bukan kereta milik peribadi.

HAD LAJUBercakap lanjut, Fahmi menggesa kajian menyeluruh terhadap sistem perundangan jalan raya dikaji semula supaya amalan double standart itu dihentikan.

“Menteri perlu lihat kembali kepada prinsip perundangan adakah benar ada satu undang-undang khas untuk menteri dan satu lagi undang-undang untuk rakyat,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.