Categories
SELANGOR

Kejayaan huffaz Selangor cermin kesuburan Islam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 2 MAC: Kejayaan huffaz Selangor merangkul lima daripada enam kategori pada Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak pada 20 Febuari lalu mencerminkan kesuburan perkembangan Islam di Selangor.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkembangan itu selaras tuntutan Islam di mana pengertian Al-Quran yang secara harfiah bererti bacaan mencapai puncak kesempurnaan.

hafazan 1“Mewakili Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para huffaz dari Selangor yang berjaya
menduduki tangga teratas pada Majlis Menghafaz Al-Quran Kebangsaan baru-baru ini.

“Sebaik sahaja menerima berita ini daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), saya terus menghantar tweet merakamkan penghargaan kepada delegasi negeri yang mecatatkan kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi di sini, malam tadi.

PK09_200216_HAFAZANTerdahulu, Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arshad dalam ucapan alu-aluannya berkata, seramai empat huffaz Selangor dinobatkan sebagai johan dalam kategori masing-masing.

Empat huffaz terbabit adalah Mohamad Omar Mansu bagi Kategori 1-30 juzuk selepas memperolehi markah 96.95 peratus, Syazri Muhammad Husni Mohd Sharoni bagi kategori 1-20 juzuk (99.18 peratus), Ahmad Aidil Luqman Nor Ismail bagi kategori 1-10 juzuk (98.34 peratus) dan Fakhira Izzah Fahmi (hafizah) bagi kategori 1-10 juzuk (97.34 peratus).

Manakala seorang lagi hafizah, Ainul Mardhiah Md Pakhurrazi pula meraih naib johan bagi kategori 1-30 juzuk selepas memungut markah 96.84 peratus.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.