Categories
SELANGOR

Kejohanan Futsal Piala Datuk Bandar Shah Alam April ini

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 24 MAC : Kejohanan Futsal Piala Datuk Bandar Shah Alam kali ke 11 diteruskan penganjurannya di Gelanggang Futsal Extreme Park Seksyen 13, pada 9 dan 10 April ini.

Kejohanan menawarkan habuan berjumlah RM15,300 menerusi empat kategori iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, bawah 18 tahun dan bawah 12.

Johan kategori Lelaki Terbuka bakal membawa pulang wang berjumlah RM3,000 serta piala iringan, tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000.

Bagi kategori Wanita Terbuka, johan akan menerima RM2,500 beserta piala iringan, tempat kedua RM1,500 dan ketiga RM 800.

Johan bagi Kategori bawah 18 tahun pula akan menerima RM1,500 beserta piala iringan, tempat kedua RM1,000 dan ketiga RM500.

Untuk kategori bawah 12 tahun, johan bakal membawa pulang RM800 serta piala iringan, tempat kedua RM500 dan ketiga RM200.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia dan terhad kepada 32 pasukan terawal bagi setiap kategori.

Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 10 orang peserta dengan penyertaan 5 pemain utama dan 5 simpanan.

Bagi mereka yang berminat, borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman rasmi www.mbsa.gov.my atau kepada bahagian urusetia MBSA Jabatan Pembangunan Komuniti.

Untuk petanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi 012-235 4235 (Cik Rina) / 013-299 0533 (Nazrul) 019-2576897 (En.Naim) / 013-319 7137 (En.Fendi).

Leave a Reply

Your email address will not be published.