Categories
SELANGOR

OKRA pamer 56 karya ‘Alamku, Ilhamku’

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 MAC: Kira-kira 56 karya daripada Old Friends Reunited Artist (OKRA) dipamerkan di Galeri Shah Alam bermula 14 Mac hingga 22 April depan.

Karya yang menampilkan tema ‘Alamku, Ilhamku’ itu menggunakan pelbagai medium antaranya cat air, akrilik, batik dan kolaj logam.

OKRAOKRA dicetuskan lima sahabat itu bertujuan menghidupkan kembali zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu.

Ahli OKRA, Biba Zain berkata pameran itu menonjolkan pelbagai bakat terpendam daripada hasil ilham tersendiri yang diinterpretasikan daripada alam sekitar.

“Alamku adalah alam semula jadi, ilhamku adalah cita-citaku. Saya menganggap pameran ini sebagai satu platform untuk semua ahli meneruskan kesinambungannya pada masa akan datang.

“Kita tidak terhenti di sini sahaja. Kita berkarya hingga tua,” katanya di majlis perasmian pameran itu.

OKRA 1Hadir sama Ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor, Prof Raja Datuk Zahabuddin Raja Yaacob, Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan dan Pengarah Prof Mohd Said Abu.

Selain itu, Mohainee Khalid berkata karya dihasilkan menggunakan bahan semula jadi dan diawet memerlukan tempoh masa lama untuk disiapkan.

“Ada diantara bahan contohnya beberapa helai daun ini saya dapati di Kundasang, Sabah. Ia memakan tempoh masa yang sangat lama,” katanya.

Kumpulan OKRA boleh dianggap istimewa kerana setiap ahlinya mempunyai bakat berbeza. Antaranya berkemahiran dalam reka bentuk grafik, reka bentuk tekstil, reka bentuk fesyen dan berbakat dalam penghasilan logam halus.

OKRA 2Kumpulan itu dianggotai oleh Biba Zain, Fakhriah Hashim, Allahyarhamah Noor Hayati Nadzri, Fadziah Ishak, Mohainee Khalid dan Tengku Mazian Tengku Ibrahim.

Keenam-enam ahli OKRA itu merupakan bekas pelajar Institut Teknologi Malaysia (ITM) yang kini dikenali Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), di bawah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka pada 1970 hingga 1974.

Sementara itu, Zurinah percaya karya dipamerkan di galeri itu akan dapat dijadikan rujukan terutamanya siswa dan siswi di Selangor.

“Usia tidak menghalang mana-mana artis untuk menghasilkan karya mereka. Saya percaya karya ini memberi peluang kepada pelajar juga pengumpul karya mendapatkan bahan yang diperlukan,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.