Categories
SELANGOR

Kempen Jimat Air : Rakyat sambut baik, semai kesedaran semua peringkat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SELAYANG, 27 MAC : Kempen Jimat Air yang dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diterima baik masyarakat setempat.

Menyedari kepentingan penjimatan air, Amir Huzaini Zakaria, 42 berkata kesedaran masyarakat terhadap keperluan itu perlu disemai di peringkat awal lagi.

Perasmian Program Jom Jimat Air Selayang - MB Azmin (ASRI) (1)“Kempen kesedaran ini perlu dijalankan lebih awal meliputi semua masyarakat segenap lapisan umur.

“Sebaiknya pendedahan awal perlu diberikan kepada anak-anak supaya kesedaran itu wujud di peringkat rendah hinggalah dewasa,” katanya kepada SelangorKini.

Bagi Lusianti Busim ,34, mengakui golongan sepertinya antara pengguna tertinggi perkhidmatan air dalam kehidupan seharian yang mana keberkesanan kempen kesedaran ini boleh diterapkan dalam aktiviti sehariannya selepas ini.

“Melalui kempen ini, banyak pendedahan diberikan dan selepas ini kita boleh ikuti beberapa langkah disarankan Kerajaan Negeri untuk menjimatkan air,” katanya.

Sementara itu, Liana Samsudin ,24, berharap program kesedaran itu diteruskan pada masa depan supaya amalan penjimatan air boleh menjadi rutin kebiasaan rakyat.

“Kita harap program ini diteruskan dan mampu menjadikan amalan ini sebagai rutin kehidupan kita selepas ini,” katanya.

Sebelum itu, beberapa demonstrasi kaedah penjimatan air ditayangkan kepada masyarakat agar inisiatif itu dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

Antaranya cara mengambil wudhu menggunakan air pada kadar minima, cara berkesan membasuh pakaian, menyiram tanaman dan lain-lain lagi.

Mohamed Azmin sebelum itu menutup air paip sebagai simbolik pelancaran kempen berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.