Categories
NASIONAL

Ucapan pemimpin di Kongres Rakyat tarik perhatian hadirin

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 MAC: Ucapan beberapa pemimpin politik dalam Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini mengundang perhatian dan sorakan hadirin di dewan berkenaan.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang membangkitkan soal masa depan negara ini terletak di tangan rakyat sendiri.

“Saya penah ditahan di bawah ISA ketika Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa tetapi saya tidak berdendam kerana apa yang penting masa depan negara.

CP2A4219“Kalau berdendam yang menjadi mangsa adalah anak cucu kita,” katanya berbangga dapat bersama mantan Perdana Menteri dan pemimpin lain dalam majlis bersejarah itu.

Penyatuan pemimpin dari latar belakang dan parti politik berbeza itu, katanya, bukan perjuangan peribadi tetapi perjuangan menyelamatkan negara dari kerosakan berpunca hasil kepimpinan kerajaan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Kamaruzaman Habibur Rahman, rakyat sering ditakutkan dengan tohmahan tidak benar seperti Deklarasi Rakyat itu adalah ‘Deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang’.

CP2A4385(1)“Kita tidak perlu takut kepada Lim Kit Siang tetapi yang perlu kita takut ialah Najib,” katanya menyentuh kepincangan dihadapi negara kini yang perlukan perubahan.

Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani berkata pihaknya mendapat maklumat setiap hari bahawa ramai pekerja di kalangan rakyat Malaysia diberhentikan dan kini lebih kurang 400,000 pekerja menjadi penganggur.

“GST menyebabkan banyak syarikat menghentikan operasinya, bila saya cakap di parlimen dikatakan fitnah.

“Rakyat disengsarakan semata-mata kalau tiada GST tak boleh bayar penjawat awam, kalau kamu cakap macam itu berhentilah jadi Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Kuala Langat itu.

Katanya, apa berlaku kini membuktikan negara diketuai pemimpin yang ‘bangang’ dan ‘rakyat perlu bangkit menolak Najib dan Rosmah’.

Bekas pendebat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap agar golongan muda dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam Pergerakan Selamatkan Malaysia.

Menurut Syed Saddiq, Pergerakan Selamatkan Malaysia bukan sahaja dipimpin oleh golongan berusia namun ia digerakkan oleh rakyat negara ini bagi menyelamatkan masa depan Malaysia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.