Categories
SELANGOR

Kenapa perlu pilih UNISEL?

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 MAC : Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman menggariskan kelebihan ditawarkan Universiti Selangor (UNISEL) sebagai tempat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi berbanding institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lain.

Katanya, antara kelebihan ditawarkan adalah UNISEL mampu menyediakan tenaga pengajar mempunyai rekod kecemerlangan diperakui pihak bertanggungjawab.

Prof Redzuan (2)“UNISEL ditaja Kerajaan Negeri dan anak Selangor diberi insentif tertentu, tetapi yang penting apabila bercakap berkenaan pelajar baru.

“Berdasarkan pandangan pelajar sendiri melalui kajian dibuat, pelajar melihat pembelajaran kita tawarkan adalah terbaik,” katanya kepada SelangorKini di pejabatnya di kampus utama UNISEL, Shah Alam, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, UNISEL mempunyai tenaga pengajar dengan rekod cemerlang terdiri daripada penerima Anugerah Akademi Negara, 12 profesor dan lebih 30 peratus pensyarah memiliki PHD.

Kampus UNISELKatanya, rekod kecemerlangan di UNISEL turut menjadikan graduan lulusan universiti terbabit laris dalam pasaran pekerjaan berbanding IPTS lain.

“Bila kita tanya pelajar sebab apa memilih UNISEL, mereka kata berpuas hati terhadap pembelajaran diterima daripada pensyarah,” katanya.

Selain itu, UNISEL juga mampu menawarkan yuran pengajian rendah dan kompetitif berbanding IPTS lain dengan perbezaan besar sehingga mencecah RM10,000.

Ketika ini juga UNISEL sedang menjalani proses transformasi besar-besaran dengan meningkatkan dan membaiki kemudahan infrastrukturnya untuk kemudahan dan keselesaan pelajar.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.