Categories
SELANGOR

Kes Yahya: Harga sebuah pengorbanan, terus lawan rasuah – MB

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 14 MAC : Pemenjaraan  Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Yahya Sahri bagi menentang kezaliman dan rasuah di negara ini, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Biarpun keputusan itu sukar diterima semua pihak, namun kata Mohamed Azmin perjuangan membebaskan amalan rasuah perlu diteruskan bagi melahirkan pentadbiran bersih dan telus.

Solidariti“Saya bangga dengan isteri dan anak-anak beliau yang tabah menghadapi ujian dan cabaran ini. Pastinya mereka berikrar terus berjuang meletakkan keadilan itu di tempat sewajarnya.

“Semangat ini diperlukan kerana dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran pastinya ada harga perlu dibayar untuk terus mempertahankan maruah dan integriti itu,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan di kediaman keluarga Yahya di Taman Samudera Batu Caves, hari ini.

Hadir sama, Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin, Exco Kesihatan Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, Naib Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha, Naib Presiden KEADILAN  – Tian Chua, Dr Xavier Jeyakumar, Dr Shaharuddin Badaruddin, dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves Amirudin Shari.

Turut sama hadir Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Mahkamah Rayuan pada 4 Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan ke atas Yahya berhubung isu derma RM50,000 sempena sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, lapan tahun lalu.

Mohamed Azmin berkata pihaknya komited memastikan kebajikan isteri dan anak pejuang Reformasi 1998 itu tidak dipinggirkan.

“Kita berikan sokongan kepada isteri dan keluarga khususnya dalam soal pendidikan anak-anak supaya tidak terganggu lebih lagi dalam proses pembelajaran mereka,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.