Categories
NASIONAL

Kes Yahya: Teruskan amanat, berjuang demi sistem bersih

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 15 MAC : Pemenjaraan suaminya, Yahya Sahri bukanlah alasan buat dirinya untuk terus membiarkan sistem kerajaan negara ditadbir kerajaan korupsi.

Rozana Zainal Abidin berkata, pendakwaan politik terhadap suaminya tidak mematahkan semangatnya sebagai Penyelaras DUN Permatang untuk terus membantu jentera parti mengukuhkan lagi pentadbiran Pakatan di Selangor.

Solidariti“Suami saya terpenjara kerana politik, dan saya teruskan amanat ditinggalkan untuk saya. Dua tahun (pemenjaraan) ini, saya terus berjuang.

“Apa yang boleh saya katakan, pesanan suami satu saja, walaupun jasad dia terpenjara jiwanya tetap bebas dan perjuangan itu tetap diteruskan dalam apa juga keadaan sekalipun,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam tempoh itu juga katanya, beliau memikul tangungjawab sebaiknya sebagai ketua keluarga membesarkan empat anaknya.

Salah seorang daripada mereka, Amirah Sariyanti meneruskan pengajian di peringkat Master Kejuruteraan Alam Sekitar di Universiti Putra Malaysia, September ini.

Yahya SahriMelihat kepada perkembangan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan sumbangan dan keperluan buat keluarga Reformasi 1998 itu.

“Alhamdulillah, dengan keprihatinan seluruh pimpinan KEADILAN, saya bersyukur kerana mereka tidak tinggalkan saya keseorangan,” kata Rozana.

Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Yahya Sahri dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan berhubung isu derma RM50,000 sempena sambutan meraikan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, lapan tahun lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.