Categories
SELANGOR

Kompleks 3C penuhi keperluan riadah masyarakat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 8 MAC : Kompleks 3C mampu memenuhi keperluan dan kehendak komuniti melalui pelaksanaan pelbagai program dan kemudahan infrastruktur untuk masyarakat setempat.

Pengarah Pembangunan Masyarakat, Muhammad Zaki Yusoff, berkata pusat komuniti itu menyediakan pelbagai produk riadah aktiviti sekeluarga.

Hidroponik“Kompleks ini menyediakan kemudahan bagi aktiviti riadah seisi keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas,” katanya.

Beliau berkata, kompleks itu turut membuat kerjasama bersama institusi pendidikan bagi tujuan latihan kemahiran dan kajian bersama pihaknya.

“Pusat ini sedang menjalankan kerjasama bersama Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membuat pelbagai kajian di sini.

“Selain itu, Politeknik Nilai juga membuat kerjasama bersama pihak MPSJ melalui penghasilan Kebun Hidroponik contohnya,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Produk 3C (Laman 3D dan Kebun Hidroponik) di sini tengah hari ini.

Antara tarikan lain di kompleks ini, Petting Zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan peliharaan jinak dan sesuai dipegang kanak-kanak.

Selain itu, ia turut menyediakan keperluan sewaan peralatan BBQ dan ruangan Dusun Bandar dengan pelbagai tanaman seperti Durian Musang King, Mangga Harum Manis, Jambu Batu Merah dan Pulasan.

Malah, kelengkapan set pementasan bersama set audio dan penataan pentas juga turut disediakan bagi sebarang penganjuran majlis tertentu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.