Categories
NASIONAL

Kongres Rakyat di Shah Alam jadi tumpuan

SHAH ALAM 27 MAC: Kongres Rakyat berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini menjadi tumpuan utama pemerhati politik dan rakyat bagi mengetahui perkembangan terkini gerakan Deklarasi Rakyat itu sejak dilancarkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dijadual mengambil bahagian dalam majlis tertutup itu dan menjadi orang terakhir menyampaikan ucapan.

Kongres RakyatAntara pemimpin dijadualkan membuat penampilan dalam majlis itu adalah Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kedah yang disingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

TVSelangor bakal membawakan liputan secara langsung acara itu di http://tv.selangorku.com.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.