Categories
SELANGOR

Gazet hutan simpan Selangor lebih 250,000 hektar

SHAH ALAM 27 MAC: Jumlah gazet hutan simpan di Selangor melebihi 250,000 hektar dan sekiranya ada kawasan hutan simpan perlu dimansuhkan pewartaannya, ianya perlu digantikan dengan keluasan dan kualiti hutan setarafnya.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong, berkata Kerajaan Negeri tidak memusnahkan hutan termasuk kawasan hutan simpan utama seperti didakwa sesetengah pihak.

hutan selangorKatanya, mana-mana kawasan hutan simpan di Selangor dimansuhkan pewartaan bagi pelaksanaan sesuatu projek, perlu diganti semula.

“Kerajaan Negeri hanya membenarkan pembersihan hutan untuk tujuan projek prasana dan kepentingan rakyat.

“Misalnya membina jalan raya, laluan paip air, eletrik dan gas dan itu pun jika semua kawasan pilihan lain tidak ditemukan sebagai ganti projek itu,” katanya dalam kenyataan media.

Elizabeth berkata pemansuhan pewartaan hutan simpan mesti dinyatakan dan siasatan awam diadakan.

Katanya, pada masa sama Jabatan Hutan Selangor membantu menyusun jajaran projek supaya ia berhampiran dengan sempadan hutan simpan atau meminta dinaikkan strukturnya seperti jalan raya.

“Gazet keluar mana-mana kawasan hutan simpan, ianya mestilah dinyatakan dan siasatan awam diadakan seperti termaktub dalam undang-undang Selangor berkenaan pengurusan hutan simpan.

“Selangor adalah Kerajaan Negeri pertama di negara ini menetapkan undang-undang hutan negeri perlu melibatkan pandangan masyarakat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.