Categories
SELANGOR

Lahir atlet cemerlang, layak ke Liga Perdana sasaran UNISEL

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 MAC: Melayakkan pasukan bola sepak UNISEL ke peringkat Liga Perdana merupakan sasaran jangka panjang Pusat Sukan Universiti Selangor (UNISEL), kata Pengarah Pusat Sukan UNISEL, Dr Mohd Norazwan A Bakar.

Dr Mohd Norazwan berkata, perkara itu tidak mustahil dicapai sekiranya usaha gigih dan strategi dijalankan mendapat kerjasama semua pihak.

Kampus UNISEL“Ini cabaran untuk merealisasikan perkara itu tetapi bagi saya sasaran utama di Pusat Sukan pada masa ini untuk meletakkan UNISEL di tahap seperti dulu iaitu kelompok terbaik dalam Liga KPT.

“Kita dalam proses menuju ke arah itu dengan meletakkan beberapa pemain yang ada dan matlamat saya memerlukan beberapa pemain yang ada latar belakang sukan baik untuk memasuki UNISEL dan dengan itu kita boleh membentuk pasukan baik,” kata Dr Mohd Norazwan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini di pejabatnya di kampus utama UNISEL di sini, baru-baru ini.

Katanya, selain berhasrat menjulang nama UNISEL ke peringkat lebih tinggi dalam sukan, beliau turut mensasarkan UNISEL melahirkan atlit yang cemerlang dalam bidang sukan dan sekaligus akademi.

“Kita lihat di negara barat, mereka bukan sahaja handal bermain bola sepak tetapi pencapaian akademi mereka juga baik.

“Kalau di Malaysia kita lihat Datuk Nicol Ann David, Shalin Zulkifli dan beberapa pemain hoki yang kebanyakkan mereka mempunyai pencapaian akademi yang boleh dibanggakan,” katanya lagi.

Katanya, setakat ini UNISEL menawarkan program Diploma Pengurusan Industri Sukan di bawah Fakulti Perniagaan dan program elektif bagi mereka yang berminat menyambung ke peringkat ijazah di dalam program Sarjana Muda Pengurusan Industri yang menawarkan empat elektif sukan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.