Categories
NASIONAL

LTAT perlu dedah punca kelewatan bayaran gratuiti pesara tentera

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digesa mendedahkan risiko kewangan ekoran penglibatan projek memindah dan menaik taraf lapan pangkalan udara yang sepatutnya dilaksanakan syarikat 1MDB sehingga mengakibatkan kelewatan bayaran gratuiti pesara tentera.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata projek itu di bawah tanggungjawab anak syarikat LTAT selepas dianugerahkan 1MDB dengan kontrak bernilai RM2.1 billion seperti yang diumumkan pada 3 April 2013.

1MDBRMAFSungaiBesiairportb2Katanya, beliau menerima banyak aduan berhubung kelewatan itu memandangkan ada pesara terpaksa menunggu sehingga enam bulan sedangkan proses pengurusan pembayaran hanya mengambil masa sebulan.

“Kita tidak tahu sama ada 1MDB melangsaikan sepenuhnya bayaran sehingga terpaksa pula membayar sub-kontraktor yang menjalankan kerja pemindahan dan naik taraf itu.

“Jika 1MDB lewat membayar jumlah yang besar kepada PPHM, saya khuatir LTAT terpaksa mendahulukan dananya kepada sub-kontraktor,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Kata Rafizi, jika itu berlaku bagi jumlah kontrak besar yang bernilai RM2.1 bilion, ia memberi kesan kepada kedudukan kewangan LTAT dan boleh menjejeskan kemampuannya membayar ganti rugi kepada pesara tepat pada masanya.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan melantik 1MDB bagi kerja itu sebagai syarat 1MDB mendapat tanah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bagi pembangunan projek Bandar Malaysia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.