Categories
SELANGOR

LZS giat bela anak asnaf fakir dan miskin

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 14 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) giat membantu golongan asnaf termasuk anak-anak daripada golongan itu supaya tidak terus dipinggir dan mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Menurut laman facebook LZS, baru-baru ini berlangsung majlis ziarah dan ramah mesra serta penyampaian bantuan untuk baik pulih surau Sekolah Agama Menengah (SAM) Sungai Merab, Sepang.

LZS bantu Sg MerabSejumlah RM33,409.50 sumbangan zakat disalurkan untuk pembangunan surau bagi kemudahan anak-anak aliran agama itu mendapat surau lebih selesa pada 10 Mac lalu.

Seramai 300 murid dan guru sekolah berkenaan bersama-sama dalam majlis ini. Turut diadakan majlis solat hajat untuk kecemerlangan pelajar.

Selain itu, LZS juga giat mengadakan program pendidikan khusus untuk anak-anak golongan asnaf.

Seramai 37 anak asnaf mengikuti Kursus Cemerlang Pelajar khas selama tiga hari bagi yang menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Kursus diadakan di Pusat Latihan Asnaf Zakat Hulu Yam bermula 11 hingga 13 Mac.

Sebelum itu, seramai 45 pelajar di Sekolah Kebangsaan Assam Jawa juga daripada golongan itu mengikuti Program Kecemerlangan Pelajar anjuran LZS yang diadakan di Kem Warisan Sembilang, Jeram.

Ia merupakan antara usaha dilaksanakan oleh LZS bagi merealisasikan hasrat untuk membangunkan jiwa dan kecemerlangan pelajar asnaf LZS.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.