Categories
SELANGOR

Majlis Aero Angkasa Selangor ditubuh dalam masa terdekat

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 MAC: Majlis Aero Angkasa Selangor akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat bagi memudahkan penggubalan rancangan memacu pembangunan industri aero angkasa di negeri itu.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata Invest Selangor kini giat menyediakan kertas kerja yang dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

teng chang kim 1“Kertas kerja itu nanti akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diluluskan.

“Industri ini merupakan sektor penting dan perlu diberikan penekanan khusus. Melalui majlis itu nanti, kita akan mengumpulkan pakar dari agensi Kerajaan Persekutuan dan swasta yang berkaitan.

“Pakar ini akan menggubal dasar dan rancangan bagi memacukan lagi pembangunan insdusri ini di negeri ini,” katanya kepada SelangorKini.

Chang Khim berharap kertas kerja terbabit dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada masa yang sama, Chang Khim berkata Kerajaan Negeri turut bersetuju menggubal dasar yang membolehkan latihan vokasional dilaksanakan.

“Program vokasional ini akan diusahakan sendiri melalui usaha Kerajaan Negeri bertujuan melengkapkan tenaga kerja atau pelatih dalam industri angkasa dan bioteknologi,” katanya.

Sementara itu, Chang Khim berkata Kerajaan Negeri kini sedang menunggu lampu hijau dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meluluskan rancangan ‘Halal International Selangor’.

Katanya, dengan adanya industri halal itu akan dapat memacu Selangor dalam industri halal dunia.

“Dengan ini, kita dapat memasarkan barangan halal yang diiktiraf seluruh dunia,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.