Categories
SELANGOR

Selangor cadang wujud Unit Pengangkutan Awam PBT

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 MAC: Unit Pengangkutan Awam di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diwujudkan bagi memudahkan urusan pentadbiran yang mengawal selia infrastruktur di negeri itu.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah meluluskan kertas kerja berkaitannya.

teng chang kim  pc dun 1 jul 01“Terdapat struktur organisasi dalam unit itu nanti. Bagi PBT besar seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dianggotai lebih daripada 4 anggota.

“Manakala, PBT yang kecil sekurang-kurangnya tiga anggota yang terdiri daripada pegawai dan ketua pegawai,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di lobi Dewan Annexe.

Chang Khim berkata, anggota terbabit akan ditugaskan termasuk merancang laluan, pelan jangka panjang dan menyediakan infrastuktur hentian bas Smart Selangor.

“Sebelum ini, kerja pelaksanaan ini dilakukan oleh banyak pihak. Contohnya penyediaan hentian bas perlu ke bahagian Kejuruteraan mesti dirujuk bahagian perancang.

“Jadi dengan adanya unit ini bererti akan ada pegawai perancang, jurutera, teknikal dan sebagainya,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.