Categories
SELANGOR

Mohamed Azmin hargai sokongan rakyat di Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 17 MAC: Sokongan rakyat terhadap dasar Kerajaan Negeri sepanjang lapan tahun pentadbiran Pakatan di Selangor dihargai Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengambil kira pandangan rakyat dalam usaha mengukuhkan lagi kemudahan infrastruktur dan pembangunan ekonomi negeri.

MB Azmin“Alhamdulillah rakyat gembira dan menerima pelbagai dasar diperkenalkan Kerajaan Negeri sepanjang lapan tahun pentadbiran Pakatan.

“Kejayaan inilah yang meletakkan asas cukup baik kepada kepimpinan negeri untuk menjadikan Selangor lebih maju,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Induk Keselamatan Petaling Jaya 2015- 2020 di sini, semalam.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Selangor dilihat lebih terbuka dan memahami keperluan rakyat berbanding Putrajaya yang tertutup jika membabitkan urusan pentadbiran negara.

Katanya, suara rakyat Selangor tidak pernah diketepikan dalam usaha merancakkan lagi pembangunan menyeluruh di peringkat negeri.

“Kita sentiasa membuat perbincangan bersama rakyat kerana kita mahu rakyat terlibat sama dalam proses pembangunan ini.

“Saya tidak fikir ia dilaksanakan sedemikian rupa di peringkat Kerajaan Persekutuan kerana pendekatan inilah yang kita gunakan untuk memastikan pembangunan dan kemajuan dapat dinikmati seluruh rakyat Selangor,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.