Categories
SELANGOR

MB: Kaji bayaran fee tahunan jeti nelayan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SEPANG, 12 MAC: Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan yuran tahunan jeti sebanyak RM800 setahun sebagai tanda kerajaan peduli rakyat ekoran keadaan ekonomi negara tidak menentu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata persatuan nelayan sudah mengemukakan beberapa cadangan antaranya untuk meminta mengecualikan yuran tahunan jeti.

Azmin MB“Sewaktu perjumpaan bersama persatuan nelayan, saya meminta untuk mereka menulis surat kepada Kerajaan Negeri tentang cadangan itu supaya kita boleh pertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita prihatin tentang masalah ekonomi menghimpit rakyat dengan kos sara hidup semakin tinggi dan hasil tangkapan ikan tidak menentu. Segala cadangan dipertimbangkan sebaik sahaja surat diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu lawatan sempena Retreat Exco 2016, Half Day Rive Cruise Sungai Sepang Besar, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, antara cadangan lain dikemukakan adalah untuk Kerajaan Negeri mempertimbangkan jeti dibina Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diberi hak pemilikan.

“Berdasarkan dasar Kerajaan Negeri, kita tidak dapat beri pemilikan tetapi kita boleh pertimbangkan oleh Pegawai Daerah untuk mewartakan tanah ini dan kita beri pajakan kepada persatuan nelayan atau LKIM,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.