Categories
SELANGOR

MB: Sudah tiba masa lakukan perubahan total

SHAH ALAM 1 MAC: Rakyat tanpa mengira perbezaan politik, bangsa dan agama diseru untuk bersama-sama bagi semua warga yang peduli untuk bertindak dan mencipta perubahan hakiki dan bermakna.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia susulan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamed keluar daripada Umno yang mana sebelum ini pernah membawa parti itu ke puncak kuasa memberi makna beliau akhirnya hilang harapan dengan partinya.

Azmin-Rakyat“Kita sedang menyaksikan gelombang perubahan dalam politik Malaysia.
“Tembok pemisahan dibina bertahun-tahun atas politiking akhirnya runtuh,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dalam kenyataan media.

Katanya, kesan dari tindakan Tun Mahathir yang mengejut tetapi berani tersebut masih belum sepenuhnya difahami.

“Namun, tidak dapat diragukan bahawa ianya akan mempunyai pengaruh yang besar dan pasti mempunyai dampak mendalam terhadap landskap politik negara,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, belum pernah semua institusi demokrasi berperlembagaan dinodai sebegini rupa dan ibu kepada segala skandal kewangan berleluasa dengan pelakunya bebas tanpa sebarang tindakan.

“Akibatnya, rakyat membayar harga yang amat mahal akibat dari jenayah rasuah dan salah guna kuasa di Putrajaya,” katanya.

Semalam, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar daripada Umno sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tindakan itu adalah kali kedua Tun Mahathir keluar Umno yang mana beliau sebelum ini pernah dipecat daripada Umno pada 26 September 1969 dan keluar Umno semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.