Categories
SELANGOR

MBPJ kenal pasti langkah penjimatan tarif elektrik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 11 MAC : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) bersedia terhadap sebarang kemungkinan peningkatan kadar tarif elektrik.

Datuk Bandarnya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata MBPJ sedang meneliti beberapa kaedah yang boleh diambil bagi tujuan pengurangan perbelanjaan pihaknya.

IMG_1288“Tahun-tahun sebelum ini MBPJ menggunakan purata RM10 juta bagi tujuan pembayaran bil elektrik.

“Berdasarkan analisis pihak kami, 35 peratus penggunaan itu adalah lampu yang mengandungi 19 juta kilowat.

“Dengan tarif elektrik yang mungkin akan meningkat, kami mula mencari jalan untuk mengenal pasti langkah penjimatan tenaga dan wang,” katanya pada Majlis Perasmian Pengurusan Karbon Fasa II di Bilik Gerakan bangunan MBPJ di sini, hari ini.

Pada masa sama, kerajaan sebelum ini mengumumkan kadar tarif elektrik tidak akan dikurangkan berikutan kedudukan nilai ringgit yang masih rendah.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata semakan semula tarif elektrik juga tidak dibuat memandangkan ketetapan kadar tarif asas iaitu 38.53sen/kWj diteruskan sehingga 31 Disember 2017.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.