Categories
SELANGOR

Empat pemain Merah Kuning dipilih Harimau Malaya

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 MAC: Empat pemain The Red Giants dipilih untuk menyertai Harimau Malaya bagi mempamerkan aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 pada 24 dan 29 Mac depan.

Empat pemain terbabit adalah Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Mohd Hafiz Kamal.

Harimau Malaya dijangka akan menentang Arab Saudi pada 24 Mac manakala perlawanan persahabatan menentang Macau, 29 Mac.

Red GiantsShahrom dan Azrif adalah pemain pertahanan, manakala Nazmi dan Hafiz pemain tengah bagi pasukan Gergasi Merah itu.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, kesemua pemain terpilih akan berkumpul di Wisma FAM, Kelana Jaya pada pagi 20 Mac ini sebelum berlepas ke Jeddah di sebelah petang untuk aksi bertemu Arab Saudi pada 24 Mac.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Palestin, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Timor Leste bagi kedua kejohanan berprestij itu.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Malaysia kini menduduki tangga keempat Kumpulan A dengan mengutip empat mata, ketinggalan 12 mata di bekalang Arab Saudi yang menghuni kedudukan teratas.

Pada 17 November lalu, Malaysia tewas 1-2 kepada UAE dalam saingan Kumpulan A, di Stadium Shah Alam.

Sekembalinya dari Jeddah, skuad Harimau Malaysia dijadual bertemu Macau pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 Mac ini.

Football_Association_of_Malaysia_crest.svgJurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, berkata aksi persahabatan itu bagi mengisi slot hari terakhir kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada tarikh berkenaan.

Malaysia tidak beraksi pada hari terakhir kempen kelayakan itu selepas menutup saingan Kumpulan A menentang Arab Saudi di Stadium King Abdullah, Jeddah pada 24 Mac.

“Kita sudah cuba menghubungi beberapa pasukan tetapi kebanyakan mereka terlibat beraksi pada hari perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu.

“Akhirnya kita dapat juga pasukan yang tidak terlibat iaitu Macau yang mana mereka terlebih dahulu memaklumkan bersetuju untuk beraksi menentang kita berbanding Nepal yang masih belum dapat kita buat ketetapan rasmi,” katanya.

Berdasarkan ranking FIFA pada kemas kini terakhirnya 4 Februari lalu, Malaysia kini di kedudukan ke-171 dunia manakala Macau di kedudukan ke-195.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.