Categories
SELANGOR

MPK – Charis Rugby Club kerjasama cungkil bakat baru

OLEH : NORHAYATI UMOR

KLANG, 23 MAC: Bagi memberi pendedahan mengenai sukan ragbi kepada pelajar, Majlis Perbandaran Klang (MPK) menganjurkan Klinik Ragbi yang dikendalikan pemain Charis Rugby Club, Melbourne.

Setiausahanya, Adi Faizal Ahmad Tarmizi, berkata penganjuran program terbabit merupakan inisiatif dirangka MPK untuk bersama sekolah sekitar Klang yang berpotensi dalam sukan itu.

MPK RUGBI“Untuk penganjuran julung kali ini, kita memilih Sekolah Menengah Tinggi Klang dan Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah yang merupakan antara sekolah terbaik dalam daerah ini bagi sukan ragbi,” katanya kepada pemberita.

Adi berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk menganjurkan perlawanan bersama pasukan lain dari luar kawasan Klang bagi mencungkil bakat pemain melalui program pembangunan sukan tersebut.

“Kita tahu banyak sekolah sekitar Klang mempunyai pemain yang bagus. Jadi pendedahan yang baik akan menghasilkan pemain cemerlang,” katanya.

Dianggarkan seramai 60 pelajar terlibat dalam program tersebut.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.