Categories
SELANGOR

MWM 2016 iktiraf keupayaan wanita

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 MAC: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan peserta larian Malaysia Women Marathon (MWM) 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini.

women marathon 1Sambil diiringi isteri, Datin Seri Shamshida Taharin, Mohamed Azmin melepaskan tembakan ke udara bagi menandakan bermulanya larian MWM bagi kategori 5 kilometer (km).

Beliau yang ditemui selepas pelepasan melahirkan kegembiraan sambil mengucapkan tahniah kepada Tourism Selangor kerana menganjurkan MWM secara tahunan.

Katanya, Kerajaan Negeri menghargai keupayaan wanita dan memastikan peranan wanita terus diperkasakan.

“Saya gembira apabila Tourism Selangor mengambil inisiatif menganjurkan acara ini secara tahunan. Tahun ini sambutannya lebih besar berbanding tahun lalu dengan penglibatan 15 negara.

women marathon 2“Ini dapat menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan lebih baik di masa hadapan. Kita lihat peranan wanita diberikan satu perhatian khusus dan inilah peranan kita untuk memperkasakan peranan wanita,” katanya.

MWM 2016 yang bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan melintasi Kota Kemuning dan bandar Rimbayu menerusi Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) sebelum kembali ke pusat bandar sejauh 42 km.

Selain itu, MWM 2016 turut melibatkan acara Etiqa Halaf Marathon sejauh 21 km, larian 10 km dan 5 km fun run.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.