Categories
SELANGOR

‘Night Walk’ simbolik sambutan Earth Hour 19 Mac

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 11 MAC: Bukan seperti kelazimannya, sambutan Earth Hour 19 Mac ini dimeriahkan lagi dengan acara ‘Night Walk’, kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain.

Beliau berkata, sambutan julung kalinya itu juga turut disertai WWF Malaysia yang akan berlangsung di Petaling Jaya Square (PJ Square).

IMG_1181“Sambutan kali ini akan dimeriahkan dengan kehadiran pihak WWF Malaysia dan dijangka 1,500 orang masyarakat setempat akan menyertai kita.

“Menariknya, acara ‘Night Walk’ pada malam itu diadakan sebagai simbolik kepada penjimatan karbon dalam usaha menggalakan bandar lebih hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pafa Majlis Perasmian Pengurusan Karbon Fasa II di Bilik Gerakan bangunan MBPJ di sini, hari ini.

Earth Hour adalah acara tahunan seluruh dunia di mana masyarakat digalakkan untuk memadamkan lampu dan peralatan elektrik selama satu jam.

Acara itu dilaksanakan bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap perubahan iklim global yang semakin menipis.

Semua pihak termasuk masyarakat dan permis perniagaan diminta mematikan lampu selama satu jam pada 19 Mac ini bermula pukul 8.30 malam bagi menyatakan sokongan terhadap usaha itu.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.